Pages

Sunday, July 31, 2011

Friday, July 8, 2011



Tuesday, February 10, 2009

just want to write something

Jujur aku hilang minat untuk menulis sejak kebelakangan ni. Entahlah. Memang rasa tak nak tulis kat sini.

Petang ni ada kejadian yang buat aku termenung betapa beruntungnya aku punya keluarga macam skang. Seorang teman aku ni.............................

Husnusszon Fizah, husnusszon!!!!

How to touch HEART ?

Wednesday, February 4, 2009

Shimoyake

Kyuukei sekejap dari study butsuri. Rasa tak keruan pulak malam ni. Jari2 tangan kanan dengan jari dua2 belah kaki bengkak, merah, pastu gatal. Aku rasa diserang shimoyake lagi kot. Gatal semacam. Peliklah pulak bila aku mengalami proses 'penjepunan' dengan cara diserang sakit yang biasanya orang Jepun akan kena bila datang musim sejuk. Cukuplah rasanya aku mengalami penjepunan dengan sukakan Washoku. Huhu...

Aku rasa, kena balik shimoyake ni bukan sebab fuyu je. Faktor stokin yang aku pakai. Pastu pulak, aku ni jenis suka menyelimutkan diri. Tak kiralah, even kat dalam kotatsu sekalipun, aku akan selimutkan diri jugak. Tu yang jadi pengudaraan dier tak betul kot.

Ada kouhai cakap nama 'shimoyake' ni comel. Comel ea? Comel tu memanglah comel, tapi masyaAllah.. bila dah kena serang dengan dia ni, aduh. Aku tak dapat diamkan diri.
Mintak2 Allah sembuhkan lah.. Huhu.. harap2 tak lupa untuk sapu ubat malam ni. Harap2 sembuh before balik Malaysia...

Pemurahnya Dia

Pagi ni b4 nak baca mathurat kan, terselaklah pulak hadith 37. Tajuk dia best pulak tu. Ganjaran bagi orang berbuat baik. Orang yang susah nak buat baik macam aku ni, mestilah tertarik sangat2 nak tahu apa 'upah' buat baik ni. Bila baca kan, ya Allah.. sweetnya... baiknya Allah ni. Subhanallah. Ha, hadithnye gini.

Hadith tu panjang. tapi aku petik part mana yang buat aku kandou.

"..............Jika dia berniat baik, lalu melakukannya, Allah catatkan 10 hingga 700 kali lipat.Bahkan masih digandakan lagi. Dan barangsiapa yang berniat melakukan amal keburukan namun tidak melakukannya, Allah akan mencatatkannya sebagai satu amal kebaikan yang utuh. Dan bila ia berniat dan melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu amal keburukan........" ( HR Bukhari & Muslim )

Subhanallah~

Tuesday, February 3, 2009

Ohayou setiap hari~

Sobakhul Khair~
Camat pagi~
Ohayou~

Wa.. alhamdulillah dapat bangun di awal pagi ni. Hari baru, bukak buku baru untuk hari ni. Yeah~
Tiap pagi kalau bangun, mintak sangat mudah2an Allah ringankan hati untuk beribadah. Sebab selalu rasa berat kalau dengan usaha sendiri.

Ish, apelah ko ni, mestilah semua kena mintak kat Allah! Tak tau ke Allah yang Berkuasa gerakkan ko. Ko ni, mintaklah kat Allah.

o0o ek? Tapi aku selalulah lupa kat Allah. Ya Allah ampunkanlah... ampunkanlah... ampunkanlah...

Habis.

Dulu ( masa dulu2 la, masa jahiliyyah lagi), selalu dok rasa camne lah nak faham Islam ni. Kenapa rasa macam mendou sangat ni. Kenapa kena dakwah2 pulak. Diri sendiri pun belum cukup baik. Nak gi dakwah2 orang. Piiirah~

Tapi sekarang, insyaAllah wakatta. Mintak je kat Allah. Nak tahu, sebab semuanya ada dalam genggaman Allah. Nak mudah faham Islam, nak mudahkan jalan as a daie, nak mintak Allah limpahkan hidayah....etc. Mintak je la kat Allah! Senang cerita... kan?

Monday, February 2, 2009

Tukar cat, buat rumah baru

Waa..

Penatnya rasa. Rasa mata makin rabun. Rasa kepala makin pening. Rasa tengkuk makin sakit.
Ni semua gara2 nak tukar cat baru untuk rumah lama. Yang dulu tu rasanya dah semak sangat. Sebab tu tetamu jarang nak masuk( hehe..).

Ha..lepas tu, sibuk2 la pulak nak buat rumah baru. Kuningtelurcucu nama dia. Rasanya dah cakap kat atas kan kenapa aku nak tambah lagi satu blog ni. Ha, yang ni tak skema. Tapi layan~ Sebab yang ni aku insyaAllah nak tulis macam diari gitulah.

Kenapa tak tulis kat Think Tanker je?
# La... kan aku dah cakap. Think Tanker tu ada misi, ada matlamat sendiri. Tak boleh kacau dia. Kalau nak conteng2., conteng kat sini je. Bukan apa, kadang2 aku nak cakap sesuatu, nak luahkan sesuatu, tapi rasanya tak terluah kat sana. Sebab aku kena fikir orang lain jugak. Kang aku cakap benda ni.. benda tu... ada orang tak faham. Jadi, sebab tu aku tulis nama blog ni Kuning Telur. Yang faham Kuning Telur tu apa aku rasa insyaAllah dia akan faham apa yang aku tulis kat sini nanti...

Huhu.. dah malam dah pun sekarang ni. Tadi dok chatting dengan kawan kat Malaysia. Dengar dia citer pasal semangat2 'rijal' kat Malaysia yang memang berkobar2 tahap nak meletup. Aku miontak pendapat dan tanya dia macam2. Alahai~ Kesian dia kena layan soalan2 aku. Bukan apa, aku nak cuba tengik apa yang kawan2 kat Malaysia ni fikir. Bila dengar cerita dier, apa plan dia selepas ni, daitai wakatta! Ohho, kena tarik dorang ke belakang balik ni. Aku rasa semangat dorang sangatlah mantap. Kalau tak, takdelah berdemonstrasi~ Tapi mungkin ada sedikit lompong pada kefahaman. InsyaAllah, moga2 semangat2 'rijal2' ni tak terbuang dan terbazir gitu2 jek.

=P